BANDINGKAN HARGA AYAM KAMI

Friday, 14 October 2011


Pusat jualan setempat atau dikenali sebagai Peladang Fresh Mart merupakan projek kerjasama antara Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor. Peladang Fresh Mart ini diuruskan oleh Peladang Edar Sdn.Bhd salah sebuah anak syarikat PPNJ, akitiviti utama anak syarikat ini ialah sebagai agen pemasaran terhadap produk Pertubuhan Peladang Negeri  Johor.
Tujuan utama Peladang Fresh Mart ini dibuka adalah sebagai agen jualan terus kepada masyarakat bagi produk PPNJ terutamanya keluaran produk berasaskan ayam. serta produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang dikeluarkan oleh ahli peladang.